Asalamualaikum buat semua pembaca..
Kali ini hati ini ingin menyatakan apa yang telah dilihat didunia
ini,keadaan sekeliling bumi ini,kejadian yang berlaku..baik ataupun buruk itu
semua telah di tentukan oleh ALLAH..bersyukur padanya kerana kita diberi lagi
kehidupan yang baik..dikurniakan oleh ALLAH nafas
,kehidupa..alhamdulillah..syukur..
Terdetik dalam diri ini untuk membincangkan apakah yang terbaik
yang boleh diberikan oleh anak2?adakah kekerasan atau belaian? kekerasan disini
bukan bermaksud mendera ataupun menindas anak2..malah ianya lebih bermaksud
kepada mendidik dengan cara berkhemah.
Jika diteliti dengan mendalam, kedua dua ini mempunyai kebaikan
ataupun keburukan yang tersendiri.terlintas difikiran ini mengenai belaian yang
diberikan oleh ibu bapa kepada anak2.belaian yang diterima sejak lahir lagi.ia
wajarlah diberikan belaian yang baik..yang bagus kepada anak2 setelah mereka
dilahirkan sehingga umur 7 tahun..kasih sayang haruslah ditunjukkan oleh ibu
dan bapa kepada anak2 mereka ini supaya mereke ditatang seperti minyak yang
penuh..kasih sayang itu bukan bermaksud setelah umur 7 tahun mereka tidak lagi
diberikan..ia bermaksud setelah berumur selepas itu,mereka wajarlah dididik
dengan erti kata pengajaran yang membawa kepada kebaikan.ini dapat diambil
contoh seperti rotan,lempang dan lain2 lagi.
Memang bila kita yang tidak berumah tangga ini berasa sangat sedih
apabila anak2 dimarah,dilempang,dirotan..dan lain2 lagi..oohh..tidak..sedih
sekali..susah nak terima benda ni..tpi bila kita fikirkan logik akal?jika
mereka melakukan kesalahan?wajarkan kita berkata:
“Nak,jangan la kamu buat sedemikian,sedemikian..bla...bla..bla...,”
Sungguh baik nasihatnye..mesti anak terasa dalam keadaan
seronok..haha..wajarlah anak2 diberi nasihat sebegini sekiranya dia baru
melakukan apa2 perkara yang salah sekali sahaja.akan tetapi sekiranya berulang
dua kali diberikan amaran..dan tigak kali diberi pengajaran..inilah yang
dikatakan merotan atau sebagainya yang setimpal supaya perkara yang salah itu
tidak berulang kembali.
Ini adalah untuk kebaikan semua, kebaikan dalam berkelurga.jika
diringkaskan..mndidik mereka dengan kasih sayang yang baik..yang banyak..supaya
mereka sayang akan kita..mendengar akan kata2 kita...tidak membantah..jangan
sesekali memberi terlalu banyak kemewahan kepada mereka..terlalu banyak mainan
kepada mereka..tidak salah,akan tetapi berwaspadalah ketika memberi kepada
mereka.kepada anak2..jangan terlalu kerap memberi apa sahaja yang mereka
mahu..sebaliknya fikirkan sekiranya itu adalah yang terbaik dimasa hadapan
mereka.
Bagi pengetahuan aku,maaf sekiranya salah disebabkan belum berumah
tangga.ketika anak lahir,sambutlah dengan baik..dengan penuh kasih sayang..jaga
mereka sehingga dewasa..semasa umurnya dibawah tujuh tahun,ajarlah mereka
mengenal dunia..mengenal Islam..sungguh indah..insyaALLAH mereka akan dipenuhi
hati mereka dengan iman..dengan keindahan Islam,,pendidikan yang seimbang dalam
duniawi dan ukhrawi wajar diberikan kepada mereka..dan sekiranya umur mereka
lebih 7 tahun dan keatas..buat lah seperti yang dinyatakan..semoga mereka
mendengar arahan kita..menjadi anak yang soleh dan solehah..insyaALLAH..
**Maaf sekiranya ada menyinggung mana2 blah pihak..sekadar
terlintas di hati ini untuk menyatakannya.kalau bukan anak2 yang akan membesar
dan meneruskan kehidupan ini,sapa lagi yang akan terus menegakkan
Islam?..melentur buluh biarlah dari rebungnya..sekian..
Wasallam.. ^-^