Monday, September 26, 2011

"ibu tengah tidur lagi ke abg"


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ya, benar. Bahunya sudah terasa benar-benar berat kini. Seperti sudah tidak mampu lagi rasanya memikul guni beras yang berkilo-kilo beratnya.
Ditambah pula dengan terik mentari yang langsung tidak mempamerkan sebarang belas kasihan terhadap ibu tunggal yang sudah hampir dua tahun ditinggalkan suami tercinta.
Bukan nyawa yang memisahkan, tetapi kerana rahsia hidup sang isteri yang tidak mungkin tertanggung oleh mana-mana suami sekalipun.
Jerih dan payah membesarkan empat orang anak lelaki seorang diri seringkali mematahkan semangat wanita muda itu. Namun, setiap kali terlihat akan wajah-wajah anak kecil yang masing-masing mengharapkannya, semangat yang luntur disimbah musibah terang semula.
" Ya Allah... Ampunilah dosa-dosaku yang lalu. Kuatkanlah aku dalam mendepani ujian dari-Mu. Berikanlah aku kekuatan agar terbela nasib anak-anakku ini," dia meintih dalam tangisan sayu.
***
Menatap wajah anak-anak tercinta yang masing-masing sudah ketiduran benar-benar membuatkan hati kecilnya berasa sayu dan pilu. Baju-baju yang sudah selayaknya dibuang sahaja di dalam tong sampah masih lagi melekat di tubuh anak-anak kecil itu.
Pedih! Sedih! Ketika anak-anak kecil yang lain sudah mula bersekolah dan mencorakkan masa depan masing-masing, anak-anaknya masih lagi berjemur di bawah terik mentari membantunya mencari sesuap nasi bagi mengenyangkan perut yang sentiasa minta diisi.
Apalah dosanya terhadap suami tercinta sehingga dia dihukum sebegini? Tidak ada lagikah rasa kasih yang dahulunya disemai bersama sehingga membuahkan butir-butir cinta yang kini hidup terseksa?
Ke mana hilang janji setia yang terpatri di saat lafaz akad menjadi bukti cinta kasih setia? Ke mana pergi rasa belas terhadap insan kecil bergelar anak yang lahir atas bukti cinta selama ini? Ke mana pergi semuanya? Ke mana hilang segalanya?
Fikirannya melayang terhadap memori yang tidak mungkin dapat dipadam daripada ingatannya beberapa tahun yang lalu..
***
"Izzah tipu Abang! Izzah kata Izzah cinta Abang seorang! So? Khairi ni siapa?!" Keras sekali Zulhilmi membentak malam itu. Telefon bimbit yang sedari tadi digenggam seolah-olah ingin dihancurkan dihempaskan ke lantai sekuat-kuatnya.
Terburai segala isi perut telefon bimbit Izzah. Izzah hanya mendiamkan diri. Tidak mungkin ada hujah pembelaan dapat membantunya kali ini.
Seluruh tubuhnya sudah menggigil. Peluh membasahi wajahnya meskipun rumah gah itu lengkap dengan penghawa dingin yang menjadi saksi bisu kepada segala apa yang sudah terjadi dan bakal terjadi sebentar saja lagi.
Zulhilmi masih merenung tajam wajah Izzah. Memberikan sedikit ruang untuk sebarang penjelasan. Namun, Izzah sudah kehabisan kata-kata. Bukti sudah ada di depan mata. Apa lagi yang bisa dia katakan?
Lengannya ditarik keras. Diseret sehingga ke ruang tamu lalu dihempaskan ke lantai. Terasa sakit sekali. Kudrat seorang lelaki sememangnya tidak mungkin terlawan oleh seorang wanita lemah sepertinya.
Zulhilmi kemudian duduk membatukan diri di atas sofa. Meluap-luap kemarahannya terhadap Izzah kini. Terasa panas seluruh badan dek kerana darah yang sudah mendidih bagai lahar yang menunggu masa untuk dimuntahkan.
Kini, nafsu amarahnya dikuasai oleh Syaitan sepenuhnya. Terpancar kemarahan yang meluap-luap dari tatapan tajam yang bisa menembusi jantung seorang wanita. Dan Izzah? Dialah yang akan menerima padahnya pada hari itu.
"Izzah! Hanya orang yang benar-benar salah akan mendiamkan diri! So why don't you say something?! I can still forgive you if this is all just misunderstanding. I can still give you a chance Izzah. Please say all this things isn't true! Izzah please bagitahu Abang, Izzah tidak kenal siapa Khairi tu! Hanya sepatah ayat itu dan Abang akan maafkan Izzah."
Zulhelmi cuba menuturkan ayat ini dengan tenang walaupun getarannya kedengaran tegas sekali. Tidak ada lagi panggilan "sayang" yang menjadi pengikat cinta seperti hari-hari yang sebelumnya. 
Izzah tidak mungkin mampu menafikan rasa cintanya pada Khairi yang pernah wujud suatu ketika dahulu. Tidak akan sekali-kali. Malah dia sendiri tidak ingin melepaskan perasaan itu pergi sehinggalah Khairi hadir semula ke dalam hidupnya walaupun setelah dia menyempurnakan hidup bersama Zulhilmi.
"Izzah.. Izzah pernah cintakan Khairi. Kami sudah lama bercinta dan sepatutnya berkahwin. Tetapi, Abang terlebih dahulu masuk meminang dan Izzah terpaksa menurut perintah ayah dan ibu. Tapi, segalanya sudah berlalu. Sudah tidak ada apa-apa lagi di antara Izzah dan Khairi. Segalanya sudah lama berakhir."  Dalam tangisan, Izzah membuka segala rahsia.
Zulhilmi tidak ragu-ragu. Selama ini pun Izzah tidak pernah menipunya. Namun, hakikat bahawa Izzah "TERPAKSA" hidup bersamanya tidak langsung layak diberikan peluang untuk sebarang kemaafan.
Keterpaksaan dalam berkasih sayang sesungguhnya amat menyeksakan. Tiada gunanya hidup bersama andai hanya untuk menyeksa dan diseksa.
Oleh itu, tanpa berfikir panjang, Zulhilmi melafazkan talak satu terhadap isterinya yang sudah tersedu-sedan menahan tangis dalam kesakitan yang mencengkam jiwa.
*** 
Mereka sekeluarga terjaga dalam kebasahan embun subuh itu. Rupa-rupanya atap usang itu sudah bocor. Lubangnya besar sekali. Namun, Izzah langsung tidak mempunyai masa untuk kerja-kerja pembaikan seperti itu.
Biarlah jiran sahaja yang membantunya nanti. Setelah ditinggalkan suami tercinta, Izzah dan anak-anak tersayang berpindah ke kampung setelah diceraikan oleh Zulhelmi.
Tidak sanggup lagi rasanya hidup di bandar apabila kini dia terpaksa menanggung keempat-empat cahaya matanya yang masih kecil.
Lantai rumah yang sebahagian besarnya sudahpun basah dibanjiri air memaksa Izzah serta anak-anak lelakinya menunaikan solat Subuh dalam kesejukan dan kebasahan.
Sudah hampir sejam juga Izzah cuba mengeringkan lantai rumah usang tersebut supaya tidak terlalu basah. Pilu hatinya melihat anak-anaknya yang masih kecil menggigil kesejukan ketika tidur.
***
"Mak, Iman lapar. Dari semalam lagi Iman tak makan nasi. Iman nak nasi.."  Rintih si anak sulung yang baru sahaja berusia sepuluh tahun. Masih tidak mengerti apa itu susah mencari sesuap nasi yang kini sudah ditagih oleh perut kecilnya itu.
Izzah bertambah resah. Bekalan beras sudah lama habis. Duit tabungannya juga tidak mahu bertambah, malah semakin berkurang dari sehari ke sehari.
Yang ada hanyalah ubi kayu simpanan Izzah buat waktu-waktu terdesak nanti. Sudah tiga hari juga Izzah mengisi perut anak-anaknya dengan ubi kayu rebus sahaja.
Masakan hari itu Iman serta adik-adiknya harus menelan ubi kayu lagi? Hujan pula tidak mahu berhenti. Sudah hampir seminggu Izzah tidak keluar mengetam padi dan menoreh getah. Sudah tentu dia tidak mendapat upah sekiranya tidak bekerja.
Akhirnya, demi anak-anak tercinta, terpaksa juga Izzah menagih kasih dari Nek Jah yang selama ini memang sering membantunya. Betapa malunya rasa diri kerana terpaksa meminta-minta pada seorang nenek tua yang sepatutnya dia sendiri yang membantunya.
Nek Jah juga hidup susah dan bersendirian sepertinya. Kerana itu mereka mudah rapat dan senang sekali bersama.
"Terima kasihlah nek. Izzah ni, semenjak datang sini, tak pernah nak tolong nenek. Menyusahkan lagi ada. Malu rasanya kalau selalu macam ni."  Tertunduk sahaja Izzah setelah menghabiskan kata-katanya.
Air mata yang sedari tadi ditahan mencurah juga. Sebak. Sebak kerana kadangkala Izzah terasa seperti sudah tidak sanggup lagi menanggung segala-galanya. Terasa bagaikan amat berat sekali. Beban yang menghimpit-himpit.
Tangan Izzah digenggam erat. Nek Jah mengerti akan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh wanita muda itu. Dia juga pernah merasainya suatu ketika dahulu.
Malah, lebih lagi daripada itu. Namun, tidak pernah dia ceritakan kepada sesiapa kerana tidak mahu menagih simpati. Sebaliknya, bila bertemu dengan Izzah, dia bagaikan melihat dirinya yang dahulu juga seperti itu.
Membesarkan anak-anak seorang diri tanpa belaian serta kasih sayang seorang suami. Sehinggalah anak-anaknya besar-besar belaka. Dan sebagai balasan di atas segala pengorbanannya sebagai seorang ibu, dia ditinggalkan seorang diri kini.
Sesekali Nek Jah merasa sedih. Namun, dia redha. Mungkin dia sedang dihukum di atas kesilapannya yang lalu, menjadi anak derhaka yang sanggup membelakangkan ibu sendiri demi mengejar kemewahan serta cinta seorang lelaki kaya yang akhirnya memakan diri.
"Jangan menangis, nak. Hidup memang tak pernah sunyi dari ujian. Jangan pernah sesekali kau putus pengharapan pada Allah. Ingatlah nak.. Allah tidak akan mendatangkan ujian ini kepadamu jika kau tidak mampu menanggungnya. Berbahagialah kerana kau masih punya anak-anak untuk menemanimu kelak. Anak-anak yang akan mendoakanmu kelak. Didiklah mereka sebaiknya. Jangan kerana kau ibu tunggal, kau menjadi lemah."
"Nek Jah tak kisah. Selagi mampu, Nek Jah akan tolong. Kalau bukan kau dan anak-anak, siapa lagi yang sanggup menemani nenek yang sudah tua dan miskin macam ni? Rezeki Nek Jah ni milik Allah. Untuk kita kongsi bersama. Takkan mampu Nek Jah habiskan seorang diri dan takkan luak pun kalau dikongsi bersama. Mungkin tidaklah banyak, tetapi kalau setakat nak membantu meringankan beban kau dan anak-anak, cukuplah dengan apa yang Nek Jah ada ni.". Not RM 100 dihulurkan ke dalam genggaman Izzah. Izzah akhirnya capai juga duit tersebut walaupun hatinya merasa berat.
Izzah memeluk erat wanita tua itu. Betapa berdosanya rasa diri kerana sering saja mempersoalkan ujian dari Allah yang datang bertimpa-timpa.
Padahal, dia tahu bahawa tidak akan didatangkan ujian-ujian tersebut kepadanya andai dia tidak mampu menanggungnya. Tangisannya tumpah di ribaan Nek Jah yang setia mendengar segala keluh-kesah wanita muda itu.
Sayu juga hatinya apabila melihat keadaan Izzah yang tidak berdaya, serba serbi kekurangan, ditambah pula dengan anak-anak kecil yang masing-masing masih terlalu muda untuk mengerti apa itu hidup serta tangisan jerih payah seorang ibu.
*** 
Nek Jah sememangnya tidak pernah kedekut untuk memberi. Andai ada kemampuan pada dirinya, sudah pasti dia akan membantu keluarga itu.
Keluarga itu sudah dia anggap seperti keluarganya sendiri. Nek Jah juga sering membantu Izzah menjaga anak-anaknya yang masih kecil di rumah.
Oleh kerana tidak bersekolah, Iman, Ilyas, Ihsan dan Ildas duduk sahaja di rumah. Kadangkala mereka turun ke sawah membantu Izzah. Ada pula waktu-waktunya mereka bermain-main di tepi sungai.
Dan mereka selalu juga menemani Nek Jah di rumahnya sambil mendengar kisah-kisah para nabiya dan belajar mengaji. Keikhlasan serta segala pengertian Nek Salmah sentiasa dipanjatkan doa daripada Izzah.
Doanya agar wanita tua itu ditempatkan bersama insan-insan yang beriman di Akhirat kelak.
*** 
"Izzah nak minta tolong Nek Jah tengok-tengokkan anak-anak Izzah hari ni. Izzah nak ke pekan sekejap. Nak ambil upah mengetam daripada tuan tanah. Lepas itu nak beli barang-barang keperluan rumah dan ubat Nek Jah sekali. Boleh ya nek?" Lembut sekali bicara Izzah pada wanita tua yang sudah dianggap seperti ibu sendiri itu.
Nek Salmah hanya tersenyum. Sudah pasti dia yang akan menjaga keempat-empat anak kecil yang lincah dan comel itu. Hanya dia yang tahu bagaimana cara untuk melenturkan kelincahan keempat-empatnya.
Izzah sendiri juga kadangkala tidak menang tangan melayan kerenah anak-anaknya. Hanya apabila Nek Salmah ke rumahnya, barulah anak-anak kecil itu tahu apa ertinya duduk diam.
*** 
Hari sudah menjelang Maghrib. Izzah masih tidak pulang lagi. Nek Jah sudah keresahan. Mungkinkah sesuatu telah berlaku pada Izzah ketika berada di pekan? Naudzubillah. Semoga Izzah sentiasa dijauhkan dari segala malapetaka.
Tiba-tiba seusai Nek Jah menunaikan solat fardhu Maghrib, dia mendapat berita yang memeranjatkan daripada anak muda kampung, Iskandar bahawa Izzah telah dijumpai lemas di sungai.
"Innalillahiwainnailahirajiun!" Nek Jah terduduk di lantai papan usang rumahnya. Hatinya sedih mendapat tahu berita yang tidak disangka-sangka seperti ini. Dia melontarkan pandangan hiba ke arah anak-anak Izzah yang tidak tahu menahu lagi akan hal ini. Mereka ligat bermain kejar-kejar setelah habis solat berjemaah dengannya tadi.
Kini sudahpun menjelang Isya', dan rumah usang itu sudah mulai sesak. Jenazah Izzah yang baru sahaja selesai dikapankan diletakkan di tengah rumah.
Anak-anak kecil Izzah merenung wajah Izzah yang sudah kebiruan akibat terlalu lama berendam di dalam air. Hanya Allah yang tahu apa sesungguhnya yang telah terjadi kepada wanita muda itu.
Iman sudah mula menangis-nangis. Meskipun dia masih sangat muda, dia tahu bahawa ibunya sudah tiada.
Umurnya sudah mencecah sepuluh tahun. Dia sudah mampu mengerti akan perkara-perkara seperti ini. Ihsan pula masih terkebil-kebil. Dia tidak faham dengan kerenah abang sulungnya yang tiba-tiba menangis.
"Abang, mak kenapa?" Ilyas sudah mula bertanya. Wajah Iman yang sedang menangis ditatap dalam. Menantikan jawapan.
Iman hanya membisu menambahkan keraguan di hati Ilyas. Ildas yang masih lena tidur di dalam pangkuan Nek Jah direnungnya sekilas.
Kemudian, dilemparkan pula pandangannya semula ke arah Iman yang sedang meratap di sisi ibu tercinta sambil jari-jemarinya mengusap-usap wajah ibu yang sudah kebiruan. Tetapi, mengapa ibu tidak menjawab? Sedang tidurkah ibu? Kemudian pandangannya tertumpu pula pada adiknya, Ihsan.
Wajah Ihsan  tersenyum-senyum memandang orang-orang kampung yang jarang sekali datang ke rumah tersebut. Anak kecil itu pemalu orangnya.
Sesekali wajahnya disembunyikan di balik pintu usang. Orang-orang kampung pula hanya mampu melahirkan rasa sebak dan sedih melalui linangan air mata. Sedih mengenangkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti akan hakikat kejadian wanita yang sudah berbalut kain putih tersebut.
"Mak tidur tu. Sebab itu mak tak dengar abang nangis. Jangan bising ya. Nanti mak bangun. Kesian mak. Mesti mak penat. Sampai biru-biru muka dan tangan Mak. Nanti kita sama-sama urut mak kalau mak bangun. Mesti mak suka kan abang,"  Ihsan berkata kepada Ilyas dan kemudiannya tersenyum sendiri.
Nek Salmah hanya mampu mengalirkan air mata. Iman masih juga tidak berhenti-henti menangis di sisi jenazah ibunya. Ilyas pula seperti dapat membaca sesuatu yang tidak elok sedang berlaku di sini kerana semua tetamu kelihatan seperti bersedih. Manakala Ihsan pula masih berlari-lari bersuka ria di dalam rumah tanpa mengerti apa-apa.
Tetamu yang hadir sebak melihat keadaan mereka. Mereka hanya mampu doakan agar anak-anak ini mampu membesar dengan sempurna dan menjadi insan-insan yang berguna kelak..
sumber:i love islam <3

Friday, September 16, 2011

BeReHaT SeBeNtAr bErSaMa iKlAn ^^

asalamualaikum kepada semua blogger n kepada semua pembace blog...
haaa........saya disini nak iklan kan satu kraf tangan yang dilakukn sendiri iaitu "TUDUNG SAJI UNIK"
TUDUNG SAJI UNIK ni terdapat dalam pelbagai warna...corak n saiz....
lau korg semua berminat...sila timggalkan komen anda...

belilah untuk mak ayah korg...
bagi cntik sikit tudung saji yang kat dapur tuh...^^
tukar yang lama dengan yang baru....

harga berpatutan.....
tak murah...
tak mahal....
bersesuaian dengan kos membuat....

anda boleh memilih warna yang anda suke...
anda boleh memilih saiz yang anda suke....
dan...
anda boleh memilih corak yang anda suke....

TUDUNG SAJI UNIK ini telah dipasarkan di IPOH DAN KUALA LUMPUR....
INI adalah sekadar iklan...sekiranya betul2 berminat dengan kraf ini....
sila tinggalkan komen anda....terima kasih ^^


semua yang dibawah ni adalah contoh2:semoga terhibur ^^






















JaNgaN PeRNaH BeRuBaH ^^


Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan
Reff:[*]
Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan
[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Back to Reff:[*] , [**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

Wednesday, September 14, 2011

cerita.cerita.cerita.


Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.


Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.


Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”


Ibuku hanya berdiam diri!!!


Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya… 


Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.


Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 


Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!


Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…


…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!
Copyright© All Rights Reserved " aku punya blog