Sunday, December 2, 2012

Kekerasan atau Belaian Kepada Anak-anak





Asalamualaikum buat semua pembaca..

Kali ini hati ini ingin menyatakan apa yang telah dilihat didunia ini,keadaan sekeliling bumi ini,kejadian yang berlaku..baik ataupun buruk itu semua telah di tentukan oleh ALLAH..bersyukur padanya kerana kita diberi lagi kehidupan yang baik..dikurniakan oleh ALLAH nafas ,kehidupa..alhamdulillah..syukur..

Terdetik dalam diri ini untuk membincangkan apakah yang terbaik yang boleh diberikan oleh anak2?adakah kekerasan atau belaian? kekerasan disini bukan bermaksud mendera ataupun menindas anak2..malah ianya lebih bermaksud kepada mendidik dengan cara berkhemah.

Jika diteliti dengan mendalam, kedua dua ini mempunyai kebaikan ataupun keburukan yang tersendiri.terlintas difikiran ini mengenai belaian yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak2.belaian yang diterima sejak lahir lagi.ia wajarlah diberikan belaian yang baik..yang bagus kepada anak2 setelah mereka dilahirkan sehingga umur 7 tahun..kasih sayang haruslah ditunjukkan oleh ibu dan bapa kepada anak2 mereka ini supaya mereke ditatang seperti minyak yang penuh..kasih sayang itu bukan bermaksud setelah umur 7 tahun mereka tidak lagi diberikan..ia bermaksud setelah berumur selepas itu,mereka wajarlah dididik dengan erti kata pengajaran yang membawa kepada kebaikan.ini dapat diambil contoh seperti rotan,lempang dan lain2 lagi.

Memang bila kita yang tidak berumah tangga ini berasa sangat sedih apabila anak2 dimarah,dilempang,dirotan..dan lain2 lagi..oohh..tidak..sedih sekali..susah nak terima benda ni..tpi bila kita fikirkan logik akal?jika mereka melakukan kesalahan?wajarkan kita berkata:

“Nak,jangan la kamu buat sedemikian,sedemikian..bla...bla..bla...,”

Sungguh baik nasihatnye..mesti anak terasa dalam keadaan seronok..haha..wajarlah anak2 diberi nasihat sebegini sekiranya dia baru melakukan apa2 perkara yang salah sekali sahaja.akan tetapi sekiranya berulang dua kali diberikan amaran..dan tigak kali diberi pengajaran..inilah yang dikatakan merotan atau sebagainya yang setimpal supaya perkara yang salah itu tidak berulang kembali.

Ini adalah untuk kebaikan semua, kebaikan dalam berkelurga.jika diringkaskan..mndidik mereka dengan kasih sayang yang baik..yang banyak..supaya mereka sayang akan kita..mendengar akan kata2 kita...tidak membantah..jangan sesekali memberi terlalu banyak kemewahan kepada mereka..terlalu banyak mainan kepada mereka..tidak salah,akan tetapi berwaspadalah ketika memberi kepada mereka.kepada anak2..jangan terlalu kerap memberi apa sahaja yang mereka mahu..sebaliknya fikirkan sekiranya itu adalah yang terbaik dimasa hadapan mereka.

Bagi pengetahuan aku,maaf sekiranya salah disebabkan belum berumah tangga.ketika anak lahir,sambutlah dengan baik..dengan penuh kasih sayang..jaga mereka sehingga dewasa..semasa umurnya dibawah tujuh tahun,ajarlah mereka mengenal dunia..mengenal Islam..sungguh indah..insyaALLAH mereka akan dipenuhi hati mereka dengan iman..dengan keindahan Islam,,pendidikan yang seimbang dalam duniawi dan ukhrawi wajar diberikan kepada mereka..dan sekiranya umur mereka lebih 7 tahun dan keatas..buat lah seperti yang dinyatakan..semoga mereka mendengar arahan kita..menjadi anak yang soleh dan solehah..insyaALLAH..

**Maaf sekiranya ada menyinggung mana2 blah pihak..sekadar terlintas di hati ini untuk menyatakannya.kalau bukan anak2 yang akan membesar dan meneruskan kehidupan ini,sapa lagi yang akan terus menegakkan Islam?..melentur buluh biarlah dari rebungnya..sekian..
Wasallam.. ^-^



Copyright© All Rights Reserved " aku punya blog